Dalam sesebuah karangan yang baik dan mantap, isi memainkan peranan yang sangat penting. Isi merupakan idea untuk penghasilan sesebuah karangan. Bagi karangan pencemaran alam sekitar, isi karangan ini merangkumi punca pencemaran alam sekitar, kesan berlaku pencemaran alam sekitar dan langkah-langkah mengatasi pencemaran alam sekitar. Setiap karangan mestilah mempunyai pendahuluan dan penutup. Pendahuluan menghuraikan serba sedikit tentang definisi, ulasan isu berkaitan, atau konsep berkaitan alam sekitar manakala penutup berfungsi untuk merumuskan secara ringkas bagi keseluruhan karangan. Karangan yang dipilih oleh penulis ialah karangan fakta yang bertajuk " Pencemaran alam sekitar". Karangan ini menengahkan isu yang dekat dengan manusia. Isi karangan ini merangkumi punca, kesan dan langkah pencemaran alam sekitar dan seharusnya disampaikan dengan baik oleh pengarang. Bagi menyampaikan satu karangan yang baik, pengarang harus menguasai beberapa teknik menulis perenggan isi.
Teknik Menulis Perenggan Isi
Selepas menulis pendahuluan,pelajar dikendaki untuk menulis isi. Jumlah isi biasanya tidak tetap. Ada karangan yang mempunyai 4, 5 atau 6 isi. Pelajar dikehendaki untuk menulis satu isi untuk satu perenggan. Walaubagaimanapun, pelajar boleh menghuraikan isi-isi sampingan untuk memperkuat hujah atau huraian. Perenggan isi hendaklah sekurang-kurangnya mengandung empat hingga enam ayat setiap perenggan. Ayat -ayat tersebut mestilah terdiri daripada ayat judul, ayat huraian, ayat bukti/contoh dan ayat penegas.
Ayat judul- mengandungi kata kunci jawaban yang menjawab pokok persoalan karangan
Ayat huraian- menghuraikan lebih lanjut tentang isi utama yang dikemukan untuk memberikan penjelasan tentang isi-isi utama.
Ayat bukti/contoh- ayat-ayat yang mengandungi bukti/contoh berkaitan dengan isi untuk memperkuat hujah
Ayat penegas- ayat yang memberi penegas terhadap isi dan huraian.
Contoh Penulisan Isi
Satu daripada langkah yang harus diambil oleh pihak kerajaan ialah mengenakan denda bagi individu atau syarikat yang melakukan pencemaran alam sekitar. Denda yang dikenakan sekurang-kurangnya akan menakutkan mereka atau memberikan kesedaran kepada individu atau syarikat supaya tidak melakukan pencemaran alam sekitar sesuka hati. Sebagai contoh, kerajanan boleh menaikkan kadar denda dan penjara bagi mereka yang melakukan pencemaran alam sekitar. Tegasnya, denda yang berat akan memberikan kesedaran kepada pengguna supaya mereka sentiasa menjaga alam sekitar.