Dalam sesebuah karangan yang baik dan mantap, isi memainkan peranan yang sangat penting. Isi merupakan idea untuk penghasilan sesebuah karangan. Bagi karangan pencemaran alam sekitar, isi karangan ini merangkumi punca pencemaran alam sekitar, kesan berlaku pencemaran alam sekitar dan langkah-langkah mengatasi pencemaran alam sekitar. Setiap karangan mestilah mempunyai pendahuluan dan penutup. Pendahuluan menghuraikan serba sedikit tentang definisi, ulasan isu berkaitan, atau konsep berkaitan alam sekitar manakala penutup berfungsi untuk merumuskan secara ringkas bagi keseluruhan karangan. Karangan yang dipilih oleh penulis ialah karangan fakta yang bertajuk " Pencemaran alam sekitar". Karangan ini menengahkan isu yang dekat dengan manusia. Isi karangan ini merangkumi punca, kesan dan langkah pencemaran alam sekitar dan seharusnya disampaikan dengan baik oleh pengarang. Bagi menyampaikan satu karangan yang baik, pengarang harus menguasai beberapa teknik menulis perenggan isi.
Teknik Menulis Pendahuluan
Bagi menulis sesautu pendahuluan, pelajar perlu mempunyai pengetahuan yang luas berkaitan dengan isu. Pelajar harus mengaitkan isu berkaitan dengan peristiwa semasa. Pelajar boleh menggunakan isu semasa untuk membuat perkaitan dengan kehendak soalan.
Ayat 1- Isu semasa yang relevan dengan kehendak soalahn
Ayat 2- Mengulas isu yang menjadi perkara pokok dalam pendahuluan
Ayat 3- Mengulas isu dan mengaitkan dengan peristiwa masa kini
Ayat 4- Mengaitkan isi pendahuluan dengan kehendak soalan
Contoh Pendahuluan
Sejak akhir-akhir ini, kita sering mendengar tentang isu pencemaran alam sekitar. Kebanyakan kes pencemaran alam sekitar yang dilaporkan membabitkan pencemaran udara, pencemaran bunyi dan pencemaran air. Pihak-pihak yang bertanggungjawab yang khususnya kerajaan haruslah bijak menangani isu ini daripada terus menjadi lebih kronik.