Aspek bahasa dalam penulisan penting sangat penting. Aspek ini memainkan peranan yang penting bagi membentuk sebuah karangan yang baik. Kebanyakan para pelajar tidak dapat menggunakan aspek bahasa dengan baik dan mengakibatkan mereka kehilangan markah bagi aspek bahasa. Penilaian aspek bahasa (15 Markah) Aspek bahasa terbahagi kepada: a) Perbendaharaan kata (3 markah) b) Struktur ayat (3 markah) c) Imbuhan (3 markah) d) Tanda baca (3 markah) e) Ejaan (3 markah) Tambahan markah 1. Ada markah tambahan (bonus) diberikan untuk karangan yang mempunyai susunan isi dan jalinan idea yang baik. 2. Markah tambahan juga mungkin akan diberikan bagi karangan yang bertulisan cantik.
Struktur ayat
Sesebuah karangan haruslah mempunyai struktur ayat yang baik. Bagi menulis sebuah karangan pengarang haruslah memahami soalan terdahulu seterusnya merangka karangan yang akan ditulis. Penulisan pendahuluan hendaklah ditulis dalam satu perenggan sahaja dan mempunyai empat atau lima ayat. Ketika menulis pendahuluan jangan memasukkan isi penting dan perlu memfokuskan kepada penyataan tajuk secara umum. Selain itu, penulisan isi hendaklah ditulis dalam satu perenggan yang terdiri daripada empat atau lima ayat. Penyataan isi pokok perlulah dihuraikan seterusnya merumuskan isi pokok pada akhir ayat. Peringkat penutup seharusnya mempunyai tiga atau empat ayat yang menyatakan saranan, pendirian setrusnya kesimpulan keseluruhan karangan.