Aspek bahasa dalam penulisan penting sangat penting. Aspek ini memainkan peranan yang penting bagi membentuk sebuah karangan yang baik. Kebanyakan para pelajar tidak dapat menggunakan aspek bahasa dengan baik dan mengakibatkan mereka kehilangan markah bagi aspek bahasa. Penilaian aspek bahasa (15 Markah) Aspek bahasa terbahagi kepada: a) Perbendaharaan kata (3 markah) b) Struktur ayat (3 markah) c) Imbuhan (3 markah) d) Tanda baca (3 markah) e) Ejaan (3 markah) Tambahan markah 1. Ada markah tambahan (bonus) diberikan untuk karangan yang mempunyai susunan isi dan jalinan idea yang baik. 2. Markah tambahan juga mungkin akan diberikan bagi karangan yang bertulisan cantik.
Perbendaharaan kata
Penggunaan perbendaharaan kata dalam penulisan sangat penting bagi menghasilkan sebuah karangan baik. Penggunaan perbendaharaan kata terbahagi kepada tiga iaitu penggunaan kata yang tepat, kata banyak makna dan kata hampir sama makna. Penggunaan kata yang tepat akan menjadikan sesebuah karangan yang dihasilkan mempunyai susunan ayat yang betul. Penggunaan kata banyak makna dan kata hampir sama makna seharusnya dielakkan oleh pengarang supaya tidak mengelirukan pemeriksa.