Maaf, pendaftaran telah tamat.

Aspek bahasa dalam penulisan penting sangat penting. Aspek ini memainkan peranan yang penting bagi membentuk sebuah karangan yang baik. Kebanyakan para pelajar tidak dapat menggunakan aspek bahasa dengan baik dan mengakibatkan mereka kehilangan markah bagi aspek bahasa. Penilaian aspek bahasa (15 Markah) Aspek bahasa terbahagi kepada: a) Perbendaharaan kata (3 markah) b) Struktur ayat (3 markah) c) Imbuhan (3 markah) d) Tanda baca (3 markah) e) Ejaan (3 markah) Tambahan markah 1. Ada markah tambahan (bonus) diberikan untuk karangan yang mempunyai susunan isi dan jalinan idea yang baik. 2. Markah tambahan juga mungkin akan diberikan bagi karangan yang bertulisan cantik.


  • Tarikh:16/05/2019 11:31 PM
  • Lokasi

Penerangan

 Ejaan
Aspek ejaan merupakan aspek yang sangat penting dalam penulisan sesebuah karangan. Pemeriksa amat menitikberatkan ejaan yang betul dalam pemberian markah. Penggunaan huruf besar dan huruf kecil juga harus dikuasai oleh pengarang.

Markah penuh diberi untuk satu-satu isi yang dapat disampaikan dengan baik iaitu pengolahannya menarik dan sangat berkesan. Penulisan yang kemas, bersih, teratur serta senang dibaca juga mempengaruhi markah.



I BUILT MY SITE FOR FREE USING