Aspek pengolahan juga penting bagi membentuk sebuah karangan fakta yang menarik. Aspek pengolahan yang mantap akan membuatkan pembaca tertarik terhadap karangan yang ditulis. Pelajar perlu bijak mengolah sesebuah karangan agar setiap maklumat yang ingin disampaikan tepat dan mudah difahami. Aspek pengolahan terbahagi kepada : a) Wacana b) Logik c) Pemerengganan d) Format b) Logik Sebuah karangan yang bagus haruslah ditulis berdasarkan logik. Karangan fakta hendaklah mempunyai isi-isi yang logik bagi menegakkan sesuatu isi yang disampaikan. Logik merangkumi penyampaian dan penulisan pendahuluan, isi-isi dan penutup.